"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Wednesday, November 14, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434 H kepada pengunjung-pengujung De' Redang,kepada seluruh umat Islam.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih bik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah.

Sunday, November 11, 2012

SINAR HARAPAN: SUMBANGAN DEEPAVALI 2012

 Atas keperihatinan sahabat dari kaum india yang, perihatin, budiman serta bermurahati dan ingin bersama-bersama menyampaikan sumbangan sempena menyambut hari Deepavali pada tahun ini… bagi membantu serta merasai kehidupan yang selesa sempena menjelang hari Deepavali,
saya dapat menyampaikan sumbangan kepada 2 orang kaum india OKU dan yang kurang berkemampuan serta berpendapatan rendah mendapat sumbangan bagi menyambut Hari Deepavali 

Saya bagi pihak penerima sumbangan mengucapkan jutaan terimakasih atas sumbangan yang telah diberikan....

Selamat Menyambut Hari Deepavali bagi sahabat-sahabat dari kaum India

Tuesday, November 6, 2012

MISI SINAR HARAPAN : DANA KEMBALI KESEKOLAH 2013

INFO DARI RAKAN SEPERJUANGAN:   http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/
 Assalamualaikum Semoga dilindungi Allah sentiasa.

Insya-Allah kami akan teruskan Misi Sinar Harapan :Dana Kembali ke Sekolah seperti tahun2 sebelum ini. Kami mulakan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati para sahabat untuk bersama2 berkongsi rezeki, sama ada dlm bentuk tenaga, masa & harta.

Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada. Memandangkan musim tengkujuh sudah mula menjengah, kami akan selesaikan dulu Misi di kawasan2 biasa dilanda banjir, iaitu di kampung2 sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan.

Insya-Allah Misi di destinasi pertama-Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan akan berlangsung pada 11-13NOV 2012.

Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana)

1. Perkampungan miskin sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan  
2. Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak.
3. Perkampungan miskin sekitar Redang Panjang, Perak 
4. Perkampungan miskin sekitar Machang, Kelantan
5. Kawasan penempatan miskin bandar di P.Pinang

Target: 100 pelajar x RM100(pakaian sekolah, kasut, beg & alat tulis)
Untuk maklumat lanjut: 
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
En Jamaluddin 0195414673 jamaluddinbinhassim@yahoo.com

atau lawati blog:
Orang yang bersedekah, menderma dan menginfak harta semata-mata kerana Allah SWT akan menerima ganjaran besar di akhirat nanti. Firman Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan...... 

Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, dan menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin..