"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, March 31, 2013

Assalamualaikum .....


"Ya Allah Panjangkanlah Umur Kami Dalam Mentaati-Mu, Dan Mentaati Utusan-Mu Serta Jadikanlah Kami Hamba-Hamba-Mu Yang Saleh...Rasullullah S.A.W bersabda Allah S.W.T sentiasa menolong hambanya selagi hambanya menolong saudara-saudaranya..........Bukhari....
 Saidina Ali KarramAllahhu Wajhah menjawab                                           7 pertanyaan dengan penuh hikmah”
1- Apakah yang lebih berat daripada langit ?
Saidina Ali menjawab : Tuduhan palsu / Berdusta lebih berat daripada langit.

2- Apakah yang lebih luas daripada bumi ?
Saidina Ali menjawab :Kebenaran lebih luas daripada bumi.

3- Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

4- Apakah yang lebih keras daripada bartu ?
Saidina Ali menjawab :Hati orang munafiq lebih keras daripada batu.

5- Apakah yang lebih panas daripada api ?
Saidina Ali menjawab : Penguasa yang zalim lebih panas daripada api.

6-  Apakah yang lebih sejuk daripada Zamharir ( Neraka yang paling dingin ) ?
Saidina Ali menjawab :Berhajat kepada orang yang bakhil lebih sejuk / dingin daripada Zamharir.

7- Apakah yang lebih pahit daripada racun ?
Saidina Ali menjawab : Sabar lebih pahit daripada racun  (pada riwayat yang lain) Mengadu domba lebih pahit daripada racun.

   Saya mendoakan semoga pengunjung blog De Redang dan para sahabat yang budiman serta keluarga  Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...