"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Wednesday, December 31, 2014

MEMORI AMAL JARIAH 2014 DE' REDANG BERSAMA TUAN PUAN KAKAK YANG BUDIMAN


Selamat Menyambut Tahun 2015....Bagi Semua Pengunjung Blog De' Redang 
Saya, Isteri & Keluarga Mendoakan..Tuan- Puan, Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Mendapat Kesejahteraan Sihat Walafiat Serta Dapat Menjalankan Tugasan Dan Ibadah Dengan Sempurna Serta Mendapat Keredzaan Dan Keberkatan Ilahi.....

Ya Allah, Kami Mohon Kepadamu, Agar Diperelokkan Agama Yang Menjadi Pegangan Urusan Hidup Kami, Dunia Yang Menjadi Tempat Sementara Hidup Kami, Akhirat Yang Menjadi Tempat Kami Akan Kembali, Jadikanlah Hidup Ini Untuk
Menambahkan Kebaikan Dan Mati Kami Untuk Merehatkan Diri Dari Segala Keburukan.

Ya Allah, Perbaikilah Diri Antara Kami, Jinakkanlah Antara Hati Kami, Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Selamat, Selamatkan Kami Daripada Kegelapan Kepada Yang Terang, Jauhkanlah Kami Daripada Perbuatan Keji, Baik Yang Nampak, Mahupun Yang Tersembunyi, Ya Allah, Limpahkan Keberkatan Kepada Kami, Pendengaran Dan Penglihatan Kami, Para Isteri Dan Anak-Anak Kami, Sahabat Handai Dan Rakan Taulan Kami Serta Pemimpin Kami Yang Telah Berjasa Kepada Kami....

Saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada sahabat-sahabat FB yang budiman & rakan blogers yang bagi membantu kerja-kerja amal sepanjang tahun 2014...semoga tahun 2015 ini aktiviti dapat diteruskan bagi insan yang memerlukan, 

MEMORI 2014

Program Sumbangan Fakir Miskin & Malidur Rasul JAN 2014




Sumbangan Fakir/ Uzur  APRIL 2014

 
Sumbangan Keperluan PA Sistem Masjid Ar Rahman Redang Panjang Batu Kurau Perak
MAY 2014





SUMBANGAN ADIK-ADIK KE IPTA JUN 2014



Misi Sinar Harapan Ramadzan JUN / JUL 2014






 Misi Sinar Harapan Menjelang Syawal JUL / OGOS 2014



PROGRAM IBADAH QURBAN OKT 2014M / 1436H






   






SINAR HARAPAN MEMBINA SEBUAH PONDOK BERSERTA KEPERLUAN PERALATAN BAGI PASANGAN FAKIR NOV / DIS 2014


 

 

 



 "Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka...

Semoga amal jariah kita dirahmati ilahi...

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).

Jazakumullah khairan kathira kepada semua penyumbang & sukarelawan

SEMOGA TAHUN 2015 AMAL JARIAH DAPAT DILAKUKAN SECARA BERTERUSAN....
.....ISYALLAH....