"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, November 2, 2014

PONDOK HARAPAN IMPIAN MENJADI KENYATAAN

STATUS INI 21 NOV 2014 PONDOK SINAR HARAPAN GENAP SEBULAN

Alhamdullilah hari ini genap sebulan pondok sinar harapan untuk pasangan fakir Abang rosli & Kakak Ina untuk mendapatkan sebuah pondok untuk berteduh diatas tanah miliknya sendiri... 90% kerja-kerja telah dilakukan, yang tinggal hanya kerja-kerja membuat lantai, plaster & mengecat...Berkat doa yang ikhlas dari pasangan fakir ini  serta sokongan yang berterusan dari kakak-kakak serta tuan puan penderma yang budiman serta sukarelawan dikampung yang membatu....Isyallah faktor cuaca yang mengizinkan dalam masa seminggu lagi siap lah pondok ini....semoga apa yang di rancangkan berjalan dengan lancar..

Bermula disini 21 Okt 2014

 Hari Ini 21 Nov 2014

90% kerja-kerja telah siap dilakukan

 Pemasangan siling diruang tamu



 Dibahagian varenda utama telah pun di plaster


  Bahagian dalaman telah dicat..kerja memasang rel langsir telah pun di pasang..

Semoga amal jariah kita dirahmati ilahi...

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).

Jazakumullah khairan kathira kepada semua penyumbang & sukarelawan

***********************************************************
STATUS HARI INI 16 NOV 2014



***********************************************************

STATUS HARI INI 5 NOV 2014




 Mengali lubang untuk memasang tiang varenda

STATUS HARI INI 4 NOV 2014


 Alhamdullilah..air bersih, paip telah pun disalurkan

 Bumbung utama telah pun di pasang atap

 Alhamdullilah syukur...air dah ade.....

STATUS HARI INI 3 NOV 2014






***********************************************************


2 Nov 2014  - Alhamdullilah...Syukur kepada mu Ya Allah berkat pertolongan mu dipermudahkan urusan hambamu, melakukan kerja amal.....
Setelah dua Minggu bertungkus lumus kakak-kakak & tuan puan penderma yang budiman mencari & mengumpul dana bagi menyediakan pondok kepada pasangan Abang Rosli & kakak Ina serta tukang rumah saudara Sa'ari serta sukarelawan yang mulia melakukan kerja-kerja membina pondok dapat dilakukan mengikut jadual yg telah ditetapkan walau pun faktor cuaca hujan...Bagi keselesaan kepada pasangan ini serta mendapat nasihat daripada kakak-kakak serta sahabat & sukarelawan plan asal rumah diubah suai setelah dana yang dikumpul mencukupi bagi menyediakan pondok harapan ini

Hampir 80% struktur pondok telah dibina, seperti Ruang utama serta ruang dapur, tandas serta bilik air dan juga dua lubang tandas serta lubang air basuhan telah digali ..kerja.yang akan dilakukan lagi adalah  memasang bumbung, mendirikan varenda dihadapan, menyediakan lantai serta plaster simen didinding serta kerja -kerja mengecat.....